Posts

DOA SEORANG WANITA

Image
Pernah tak seseorang cakap dengan kita , "apa yang kita cakap adalah DOA" ? Betul juga kan ? Bila ayat yang sama keluar dari mulut kita , tanpa sedar atau sedar yang kita katakan itu benar benar berlaku . Entry kali ini el mau berkongsi tentang doa seorang wanita . Sebenarnya banyak doa yang kita boleh gunakan dalam kehidupan seharian . Cuma kali ini el kongsikan beberapa sahaja . Doa atau amalan bagi wanita Islam , el dapatkan dari mentor el . Gambar bawah ni adalah doa yang beliau selalu baca setiap kali solat . DOA UNTUK DITETAPKAN IMAN yang beliau selalu baca kan : Setiap DOA yang kita katakan , Tuhan akan kabulkan . Kita hanya perlu sabar dan terus bertekun dalam doa . Bagi umat kristian pula , kita boleh bacakan doa seperti yang diajarkan kepada kita . Banyak pilihan doa dan kita boleh gunakan mengikut situasi . Kristian ni pula banyak dominasi atau cabang , jadi el fokus pada agama Katolik . Dari dulu el dibim

COQ10 UNTUK KESIHATAN

Image
Perasan tak semakin naik umur , tenaga kita semakin lemah ? Mudah semput , mudah penat bila buat kerja atau apa pun aktiviti . Itu kerna semakin naik umur , jantung kita juga semakin lemah . Ia juga berdasarkan gaya hidup kita macam mana . JANTUNG kita akan mengepam hampir 2,000 gelen darah ke seluruh badan setiap hari . Sebagai otot yang berkerja keras dalam badan dan sebagai pusat utama peredaran darah , jantung kita memerlukan tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap . Dari mana datangnya tenaga tu ? Ia diperoleh dengan bantuan nutrisi yang dipanggil Coenzyme Q10 (CoQ10)  yang juga berperanan membantu kesihatan salur darah . CoQ10 ni sebenarnya dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud didalam sel badan kita . Diet harian sebenarnya membantu untuk mengekalkan CoQ10 ni tapi sebelum cerita tentang sumber makanan yang mengandungi CoQ10 , nak tau bagaimana CoQ10 ni ditemui ? CoQ10 ni sebenarnya ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1957 pada jantung lembu . M

VITAMIN E

Image
Vitamin merupakan keperluan badan kita . Badan cukup vitamin dan mineral , risiko untuk mendapat penyakit itu rendah . Kita boleh mendapatkannya melalui pemakanan seharian tapi adakah cukup dengan hanya bergantung pada real food ?  Entry kali ini el mau berkongsi tentang  VITAMIN E . Vitamin E merupakan salah satu vitamin larut lemak yang badan kita perlukan agar dapat berfungsi dengan baik . Dikenali juga sebagai salah satu antioksidan untuk melindungi badan kita dari serangan penyakit . Dalam pemakanan harian kita , ada tak vitamin E ?  SUMBER VITAMIN E Rasanya mampu tak nak makan makanan ni setiap hari ? Kalau tanya el , memang tak lah . Kadang makan tiap hari jadi muak kan ? Jauh dari pasar , lain cerita . huhuhu Sebab tu kita perlu dapatkan vitamin E selain dari makanan semulajadi iaitu supplemen atau makanan tambahan . Sebut pasal makanan tambahan ni , kita kena juga jadi bijak tau . TIPS MEMILIH SUPPLEMEN VITAMIN E Sebelum membeli supplemen v

BERCUTI DENGAN SHAKLEE

Image
Bercuti dengan TAJAAN SHAKLEE "El pernah tak join trip shaklee ?" . Jujur , tak pernah lagi tapi el percaya hari itu akan datang untuk el . Setiap orang yang daftar ahli shaklee , berpeluang untuk rebut peluang ni tau . Mari ambil tau  percutian shaklee ni macam mana . Gambar ni mentor shaklee el yang layak join trip shaklee Pertama sekali , shaklee ada dua jenis trip iaitu antarabangsa dan serantau . Antarabangsa tu kita akan dibawa ke negara negara Eropah dan sekitar . Jika berpeluang , kita dibawa melawat HQ shaklee di California . Serantau  tu pula , melancong di negara Asia . Antarabangsa tu boleh pilih lah juga . Nak pilih pergi umrah bagi yang beragama Islam pun boleh . Bercuti dengan shaklee ni DITAJA SEPENUHNYA  . Tiket kapal , makan minum , siap diberi belanja shopping . Extend trip , sendiri tanggung 😂 Mentor el ketika di Jepun Tau tak ? Bila layak join trip shaklee ni , tak bersendirian . Jika kita dah berkahwin dan ada anak

TIPS TRAVEL TANPA STRESS

Image
HELLO .. Entry kali ini tentang travel . El bukanlah jenis yang selalu melancong . Melancong pun dalam negara sahaja itu pun di Sabah saja dan Labuan . Melancong luar negara , memang tak pernah . First flight pun masa hadir Shaklee National Conference tahun 2019 . So apa yang el kongsikan dalam entry kali ini adalah based on pengalaman el sendiri . Boleh guna bila melancong dalam negara/negeri sendiri . Namun , jika bermanfaat untuk ke luar negara , boleh je . ANTARA TIPS TRAVEL ( versi el ) 1. GENG TRAVEL Wajib tak geng travel ni ? Macam kita ada BFF lah kan ? Actually geng travel ni tak semestinya kawan kita . Keluarga kita pun geng travel kita juga . Kita kena ambil tahu supaya kita boleh ambil kira bajet perbelanjaan semasa travel . Ada geng , lagi best kan ? Ada lah tukang ambil gambar . Kalau sorang diri , terpaksa lah kena kreatif . 2. MOOD BAGUS Kenapa mood kena bagus bila travel ? Sebab kita nak perjalanan kita tu tiada masalah . Pernah tak kita ke satu tempat , mo

TIPS MEMILIH BISNES ONLINE

Image
Bila sebut pasal bisnes , teringat lagi dulu el ada beberapa kali tolak ajakan kawan untuk turut serta dalam bisnes . El tak suka buat pengiraan dan cari pelanggan . Tapi sekarang dah masuk dalam dunia bisnes pula . Sekarang ni ada banyak bisnes yang kita boleh buat . Sudah pasti ramai kawan kita yang buat bisnes kan ? Masuk facebook , instagram , nampak kawan post pasal bisnes . El pun terjatuh cinta dengan bisnes yang el tengah buat sekarang kerna beberapa perkara . Ni el kongsikan beberapa tips untuk memilih bisnes online . 1. BISNES MENGIKUT MINAT Tanya diri sendiri . Apa minat kita ? Apa yang kita suka ? Mekap ? Bercakap tentang kesihatan ? Makanan ? Kenapa kena ikut minat supaya senang kita nak buat bisnes tu sebab berkaitan dengan diri kita . Mudah nak masuk sebab minat dah ada .Tapi tak mustahil juga tau kita boleh buat bisnes bukan mengikut minat kita . Sebab ada yang kata , "asalkan boleh buat duit" 😅 El langsung tak suka mana mana bisnes ta

KEBAIKAN KERJA DARI RUMAH

Image
BERKERJA DARI RUMAH bukanlah satu hal yang kita boleh perlekehkan . Kita tidak boleh mengatakan orang yang berkerja dari rumah adalah malas . Ramai ja orang yang berkerja dari rumah ni berjaya dan sebenarnya ramai yang cemburu dengan golongan orang yang berkerja dari rumah . hehehe El sebenarnya pun ada kelayakan untuk berkerja di tempat lain tapi el memilih untuk  kerja dari rumah . Waktu PKP , el kena panggil berkerja luar dari Sabah , jauh dari keluarga . El berfikir , dilema kena turun kerja atau tolak tawaran tu . El memilih untuk tolak tawaran kerna masa itu anak el baru berusia 6 bulan dan menyusu badan sepenuhnya dan menolak penyusuan botol . Mungkin bukan halangan besar sebab boleh dibawa sekali dan dalam masa yang boleh diajar menyusu botol . Cuma el nekad juga untuk menolak tawaran berkerja sebagai Jururawat . Sekarang ni el rasa macam best pula kerja dari rumah . Sebab apa ? Haaahhh kena baca apa yang el sendiri alami . Orang lain mungkin ada pendapat tersendir