TIPS MEMILIH BISNES ONLINE

Bila sebut pasal bisnes , teringat lagi dulu el ada beberapa kali tolak ajakan kawan untuk turut serta dalam bisnes . El tak suka buat pengiraan dan cari pelanggan . Tapi sekarang dah masuk dalam dunia bisnes pula .

Sekarang ni ada banyak bisnes yang kita boleh buat . Sudah pasti ramai kawan kita yang buat bisnes kan ? Masuk facebook , instagram , nampak kawan post pasal bisnes . El pun terjatuh cinta dengan bisnes yang el tengah buat sekarang kerna beberapa perkara .

Ni el kongsikan beberapa tips untuk memilih bisnes online .

1. BISNES MENGIKUT MINAT

Tanya diri sendiri . Apa minat kita ? Apa yang kita suka ? Mekap ? Bercakap tentang kesihatan ? Makanan ? Kenapa kena ikut minat supaya senang kita nak buat bisnes tu sebab berkaitan dengan diri kita . Mudah nak masuk sebab minat dah ada .Tapi tak mustahil juga tau kita boleh buat bisnes bukan mengikut minat kita . Sebab ada yang kata , "asalkan boleh buat duit" 😅 El langsung tak suka mana mana bisnes tapi bisnes shaklee el boleh buat sampai sekarang sebab berkaitan kesihatan .

2. FLEKSIBEL

Pilihlah bisnes yang fleksibel . Dekat mana mana pun boleh jalankan bisnes macam biasa . Mesti kita ada kawan kan ? Atau kita pernah nampak orang bisnes yang sambil bercuti pun bisnes tetap jalan . Masa fleksibel , tempat pun fleksibel . Paling best bisnes tu tak bermusim . Permintaan sentiasa ada . Bisnes shaklee antara bisnes tak bermusim kerna KESIHATAN adalah hal yang perlu dijaga dengan baik . Setiap hari berdepan dengan bermacam cabaran penyakit , makanan tambahan sangat penting .

3. MUDAH ALIH

Maksudnya kita tak perlu usung laptop kemana mana . Hanya menggunakan telefon , kita boleh jalankan bisnes . Nama pun telefon pintar , kita gunakan telefon untuk jana income . Macam el , pergi bercuti pun boleh buat order pelanggan . Masuk website shaklee , klik klik hah siap order customer . Inilah salah satu kebaikan bisnes online yang kena ada untuk kita pilih sebagai platform jana pendapatan .

4. MUDAH DAN SANTAI

Bisnes online ni banyak tapi ada bisnes yang memerlukan kita untuk pegang stok banyak . Kadang tertekan bila stok lambat habis menyebabkan jualan tak tinggi , modal pula kena besar . Bisnes yang best adalah mudah dan santai . Tak perlu pegang stok tapi jualan tinggi . Tak perlu modal besar tapi income besar . Sampai sekarang ni el tak pernah lagi pegang stok banyak . Stok sikit sikit tu pernah lah tapi tak selalu . Kalau ada pelanggan nak beli produk , klik website sahaja . Kemudian staf akan uruskan penghantaran . Tugas el hanya berkongsi santai tentang produk , sambil jaga anak depan mata . Tak rasa tertekan atau penat sangat . Lagipun dah jatuh cinta dengan bisnes tu .

5. ADA MENTOR 

Point ni sangat penting . Kalau kita buat bisnes tanpa ada mentor atau orang yang membimbing , kita takkan lama dalam bisnes . Sebab bila jualan jatuh , kita tak tau nak buat apa . Bila ada mentor ni , kita akan tau strategi untuk kembangkan bisnes . Tapi dah ada mentor tapi tak nak pula ikut yang mentor ajar pun susah juga kan ? So kembali pada diri sendiri . Nak buat bisnes , tekad kena besar dan sentiasa semangat .

El ada kongsikan juga tentang bisnes online  terbaik di Malaysia . Klik sini bisnes online terbaik Malaysia

Sahabat el ada kongsikan TIPS BISNES ONLINE . Klik sahaja untuk meneruskan pembacaan entry beliau .

Terima kasih kerana membaca 

#bloggingnextlevel
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN E

MY SHAKLEE EFFECT : TIADA LAGI DRAMA DEMAM

BERCUTI DENGAN SHAKLEE