TIPS TRAVEL TANPA STRESS

HELLO ..

Entry kali ini tentang travel . El bukanlah jenis yang selalu melancong . Melancong pun dalam negara sahaja itu pun di Sabah saja dan Labuan . Melancong luar negara , memang tak pernah . First flight pun masa hadir Shaklee National Conference tahun 2019 .

So apa yang el kongsikan dalam entry kali ini adalah based on pengalaman el sendiri . Boleh guna bila melancong dalam negara/negeri sendiri . Namun , jika bermanfaat untuk ke luar negara , boleh je .

ANTARA TIPS TRAVEL ( versi el )

1. GENG TRAVEL
Wajib tak geng travel ni ? Macam kita ada BFF lah kan ? Actually geng travel ni tak semestinya kawan kita . Keluarga kita pun geng travel kita juga . Kita kena ambil tahu supaya kita boleh ambil kira bajet perbelanjaan semasa travel . Ada geng , lagi best kan ? Ada lah tukang ambil gambar . Kalau sorang diri , terpaksa lah kena kreatif .

2. MOOD BAGUS
Kenapa mood kena bagus bila travel ? Sebab kita nak perjalanan kita tu tiada masalah . Pernah tak kita ke satu tempat , mood kita masa tu sedih atau tiada perasaan langsung ? Kalau melancong dengan emosi yang tak happy , macam tak berapa best kan ? So kena happy ! Happy sebab kita dapat tengok pemandangan luar selain persekitaran rumah kita . Kita excited !

3. RANCANG DESTINASI
Kata orang , "kalau rancang , nanti tak jadi" . Selalunya macam tu lah kan ? Tapi sebenarnya bila kita merancang ni kan , perjalanan kita itu akan jadi lebih teratur . Walaupun ada tempat yang dirancang tu kita tak jadi singgah , kita tak lah rasa tertekan kan ? Sebab kita tengok keadaan juga . El pernah melancong dengan suami dan anak . El tulis tempat tempat yang kami nak pergi tu . Jadi kan memudahkan el , dapat berbincang baik dengan suami juga . Tak lah hari ni nak jalan jalan , hari ini juga plan tempat . 

4. DUIT YANG MENCUKUPI
Paling penting ! Nak travel duit kena cukup dan diurus dengan baik . Duit banyak tapi kalau tak diurus dengan baik , susah juga kan ? Duit homestay , duit minyak , makan minum , entry fee dan lain lain . Sebelum ke destinasi pelancongan , lebih baik dapat tau berapa entrance fee bagi setiap tempat . Semua kena buat anggaran .

*****

Semua tips penting dan paling penting nombor empat . Hari tu seminggu di Kundasang , Sabah kami habis banyak bahagian makanan . Homestay kami tu tak dibenarkan masak . So pemilihan homestay juga sangat penting . Selitkan dalam bab pengurusan kewangan . Kalau boleh , pilih homestay yang kita boleh memasak . Jimat duit kita kan ?

Nak travel luar negara pun lebih kurang sama cuma ada lah beberapa yang kita kena ambil kira . Visa , tiket apa semua .

Semoga perkongsian ini bermanfaat . Terima kasih kerana membaca tips travel .

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN E

MY SHAKLEE EFFECT : TIADA LAGI DRAMA DEMAM

BERCUTI DENGAN SHAKLEE