KEBAIKAN KERJA DARI RUMAH

BERKERJA DARI RUMAH bukanlah satu hal yang kita boleh perlekehkan . Kita tidak boleh mengatakan orang yang berkerja dari rumah adalah malas . Ramai ja orang yang berkerja dari rumah ni berjaya dan sebenarnya ramai yang cemburu dengan golongan orang yang berkerja dari rumah . hehehe

El sebenarnya pun ada kelayakan untuk berkerja di tempat lain tapi el memilih untuk kerja dari rumah . Waktu PKP , el kena panggil berkerja luar dari Sabah , jauh dari keluarga . El berfikir , dilema kena turun kerja atau tolak tawaran tu .

El memilih untuk tolak tawaran kerna masa itu anak el baru berusia 6 bulan dan menyusu badan sepenuhnya dan menolak penyusuan botol . Mungkin bukan halangan besar sebab boleh dibawa sekali dan dalam masa yang boleh diajar menyusu botol . Cuma el nekad juga untuk menolak tawaran berkerja sebagai Jururawat .

Sekarang ni el rasa macam best pula kerja dari rumah . Sebab apa ? Haaahhh kena baca apa yang el sendiri alami . Orang lain mungkin ada pendapat tersendiri tapi ini pengalaman el . Keburukan memang ada tapi kita fokus pada KEBAIKAN BERKERJA DARI RUMAH .
1. MASA BERKERJA FLEKSIBEL

Berkerja di luar membuatkan kita kena ikut waktu berkerja yang ditetapkan . Contohnya , sebelum jam 8pagi kena masuk pejabat dan pulang jam 5petang atau lebih . Tapi di rumah , kita boleh memilih jam berapa kena mula buat kerja dan jam berapa rehat kemudian sambung kerja lagi . Sangatlah fleksibel dan ada banyak kerja yang kita boleh buat . Nanti di point nombor 3 el jelaskan lagi .

2. 'OFFICE BERGERAK'

Kerja dari rumah kita boleh cipta pejabat kita sendiri . Kita boleh cantikkan pejabat kita mengikut citarasa kita tanpa perlu persetujuan sesiapa pun . Kemas atau semak meja kerja kita tu kita sendiri yang nampak . El kan dimana el pergi disitu ada pejabat a.k.a pejabat bergerak 🤣 Persekitaran tempat kerja tu kita boleh pilih . Macam el kalau tidak boleh berkerja dalam rumah , el turun kebun dan buat kerja sambil dengar bunyi air sungai mengalir . Bestttt dan kalau el turun bandar pun kena buat juga . So kena get ready lah selalu . hehe

3. SENDIRI BOS , SENDIRI KULI 

Pernah dengar tak ayat ni ? Bila berkerja dari rumah ni , tiada siapa yang akan memberi arahan kerja dan buat kerja untuk kita melainkan DIRI SENDIRI . Kita boleh buat bermacam kerja tanpa tertekan sebab kerja tu kita sendiri pilih kan ? Takkan lah nak buat kerja tapi sendiri pula tertekan . Baik tak payah buat apa apa kalau macam tu . Lagipun rugi untung itu diri sendiri juga . Macam el , sambil jaga anak , buat segala kerja kerja rumah , turun kebun , sambil juga buat bisnes shaklee . Kerja bisnes ni boleh tahan juga banyaknya sebab tu bos sendiri pun kena juga ada jadual . Baru pekerja (diri sendiri 😅)  semangat nak buat kerja dan lebih teratur .

4. CUTI TANPA SURAT

Bercuti ni part paling best dalam kehidupan . Tapi bercuti memerlukan surat kebenaran dari atasan ni leceh sedikit kan ? Melainkan memang cuti tu diperuntukkan untuk kita . Cuma kadang rasa tak puas hati . Cuti sehari dua lepas tu dah kena turun kerja . Bila kerja dari rumah , boleh cuti pada bila bila masa dan sebanyak mana pun bilangan hari . Nak cuti sebulan pun boleh 🤣 Keburukannya kena sendiri fikir lah . Ingat point nombor 3 tadi .

5. LEBIH TENANG 

Bagi el , berkerja dari rumah ni lebih tenang . Persekitaran kerja hanyalah anak , keluarga . Jauh dari rakan kerja yang toksik yang boleh mengganggu pekerjaan . Paling teruk akan ganggu kesihatan mental . Selama el berkerja dari rumah ni , kesihatan mental masih terjaga dengan baik . Lagipun bila berkerja tak terfikir pasal anak sebab depan mata . Walau kadang ada kerja yang memerlukan el kena tinggalkan anak bersama ibu atau adik pun tak risau sangat sebab keluarga sendiri . Tenang di posisi dan salah satu tipsnya adalah el ambil Bcomplex shaklee .

So dah baca pengalaman el berkerja dari rumah , jangan pula terfikir nak berhenti kerja tau . Teruskan berkerja di tempat anda berkerja sekarang kerna kita ada keistimewaan masing masing . Fokus pada hal yang positif . Nak buat bisnes pun sebenarnya boleh buat walaupun ada kerja hakiki . Nak buat bisnes shaklee , boleh bagitau el . El akan guide dan sama sama capai impian dengan shaklee .

Klik link wassap ni http://www.wassap.my/+60135745383/sayanakjoinshaklee

Terima kasih kerana membaca .

#bloggingnextlevel
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN E

MY SHAKLEE EFFECT : TIADA LAGI DRAMA DEMAM

BERCUTI DENGAN SHAKLEE