DOA SEORANG WANITA

Pernah tak seseorang cakap dengan kita , "apa yang kita cakap adalah DOA" ?

Betul juga kan ? Bila ayat yang sama keluar dari mulut kita , tanpa sedar atau sedar yang kita katakan itu benar benar berlaku .

Entry kali ini el mau berkongsi tentang doa seorang wanita . Sebenarnya banyak doa yang kita boleh gunakan dalam kehidupan seharian . Cuma kali ini el kongsikan beberapa sahaja .

Doa atau amalan bagi wanita Islam , el dapatkan dari mentor el . Gambar bawah ni adalah doa yang beliau selalu baca setiap kali solat .

DOA UNTUK DITETAPKAN IMAN yang beliau selalu baca kan :

Setiap DOA yang kita katakan , Tuhan akan kabulkan . Kita hanya perlu sabar dan terus bertekun dalam doa . Bagi umat kristian pula , kita boleh bacakan doa seperti yang diajarkan kepada kita . Banyak pilihan doa dan kita boleh gunakan mengikut situasi . Kristian ni pula banyak dominasi atau cabang , jadi el fokus pada agama Katolik .

Dari dulu el dibimbing untuk menggunakan doa dasar atau asas . Sehingga kini doa ini yang selalu el doakan .

Tiga doa ni merupakan doa asas 

DOA BAPA KAMI 
Merupakan doa yang diajarkan oleh Yesus sendiri . Doa ini merangkumi semuanya . Rasa syukur , kerendahan hati mohon pengampunan dan permohonan agar sentiasa dekat dengan Tuhan .

DOA SALAM MARIA
Didoakan agar menjadi wanita seperti Bonda Maria yang taat kepada Tuhan , mengatakan YA pada panggilan Tuhan .

DOA KEMULIAAN
Tiada yang lebih mulia selain Allah Tritunggal Mahakudus . Mengingatkan diri supaya sentiasa memuliakan Allah Bapa , Tuhan Yesus Putra Allah dan Roh Kudus .

Doa asas sentiasa didoakan dan doa lain juga el doakan . Ada satu doa yang el dapat dari apps e-katolik dan bagus juga bila didoakan oleh wanita yang mempunyai anak .

Sebenarnya doa doa ni bukan wanita sahaja yang boleh gunakan . Sesiapa pun boleh dan bila berdoa , doakan juga orang lain . Makbulnya doa kita kerna orang lain juga mendoakan kita . Begitu indahnya bila saling mendoakan .

Selain el , sahabat el juga berkongsi tentang doa yang bagus untuk wanita . Jemput baca sharing beliau .

#bloggingnextlevel
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023


Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN E

MY SHAKLEE EFFECT : TIADA LAGI DRAMA DEMAM

BERCUTI DENGAN SHAKLEE