PETUA HILANGKAN JERAGAT

Biasanya kita akan merasa resah bila memasuki umur 30-an kan ? Kita mula terbayang kulit kita macam mana , muka kita macam mana . Mula terbayang tompok-tompok hitam , kedutan sana sini . Lelaki atau wanita pasti risau . Ke kaum hawa ja yang paling risau ? 

Sebenarnya zaman sekarang ni tanda-tanda perubahan pada kulit itu tidak mengira usia . Masih 20-an pun dah ada bintik-bintik hitam , garis-garis halus . Hal ini disebabkan beberapa faktor terutama terlalu terdedah pada sinaran UVA dan UVB .

Entry kali ni el nak share beberapa petua untuk hilangkan jeragat . Mungkin ada petua yang selalu kita buat dan ada yang tak pernah kita cuba atau ambil tahu .
Tapi sebelum itu , JERAGAT ni bukanlah penyakit ya . Ia hanyalah bintik-bintik coklat atau hitam pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari dan faktor lain .

1. JUS LEMON
Biasa minum air lemon kan ? Selain untuk diminum , lemon ni kaya dengan vitamin c dan asid sitrik untuk melawan pigmentasi . Ambil 2-3 sudu teh , sapukan di permukaan kulit berjeragat . Biarkan 8-10 minit kemudian baru bilas . Boleh lakukan 2 kali sehari 

2. ALOE VERA
Dulu el pernah sapu aloe vera ni di muka . Tapi masa tu el tak ambil tahu manfaatnya . Cuma rasa segar lah lepas itu . Aloe vera ni selain bantu menghidrasi kulit , ia juga mengandungi Aloesia untuk melawan pigmentasi . Boleh buat setiap hari selagi stok masih ada 😂 Sapu dekat kulit dan biarkan selama 15 minit kemudian bilas

3. SERBUK KUNYIT
Wowwww lepas ni jangan ingat kunyit hanya untuk bahan masak saja ya . Kunyit pun boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat . Curcumin dalam kunyit membantu mengurangkan penghasilan melanin penyebab jeragat . Campurkan 1 sudu teh dengan jus lemon . Kacau sebati dan sapu pada permukaan kulit . Tunggu hingga kering baru bilas

4. TEH HIJAU
Teh hijau ni kesukaan ramai . Selain sedap untuk dibuat minuman , teh hijau bagus juga untuk kulit . Teh hijau dapat mengurangkan iritasi pada kulit . Selain itu , kerna sifatnya anti-inflamasi , ia mampu merawat jeragat . Caranya mudah sahaja . Rendam teh hijau kemudian ampas sapu di permukaan yang berjeragat . Biasanya muka lah kan . Jadi lepas ni minum teh hijau , ampas jangan dibuang pula . hehe

Selain tumbuhan semula jadi , barang dapur , ada lagi perkara yang kita kena ambil tahu untuk menghilangkan jeragat sekaligus membantu menghalang pertumbuhan jeragat .

S K I N C A R E 

Bila kita nak yang terbaik , dalaman dan luaran kita kena jaga . Tak cukup secara alami , kita guna rawatan moden pula bergantung pada bajet masing-masing . Youth skincare shaklee jadi pilihan sebab organik . Dalam youth ada Radiance C+E yang membantu mengurangkan kehadiran tompok usia ( jeragat ) . Boleh teruskan pembacaan berkaitan youth disini

S U P P L E M E N

Pengambilan supplemen membantu untuk membina sel yang sihat . Bukan setakat untuk dimakan tau . Supplemen shaklee boleh digunakan sebagai diy masker juga 

DIY MASKER ESP SHAKLEE membantu untuk segarkan lagi muka . Membantu juga untuk memudarkan jeragat dan bekas jerawat . El buat 2-3 kali dalam seminggu . Hanya ambil secubit ESP . Tambah sedikit air kemudian sapu di muka . Selain masker , jadikan sebagai scrub pun boleh

DIY MASKER ALFALFA SHAKLEE untuk detoks dan bagi kesegaran . Masalah jerawat dan jeragat pun settle . Follow step dekat gambar 

Mungkin ada lagi petua hilangkan jeragat lain yang dikongsikan oleh rakan el yang boleh kita cuba . Hilangkan jeragat hanya dengan menggunakan bahan yang ada di rumah saja 

Jika ada sebarang pertanyaan tentang produk shaklee , boleh hubungi el . Klik link ini

#bloggingnextlevel
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakkeetriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

BERCUTI DENGAN SHAKLEE

VITAMIN E

KEBAIKAN KERJA DARI RUMAH