AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Cakap tentang AMALAN GAYA HIDUP SIHAT ni kita mungkin terfikir pasal pemakanan saja kan atau pun kena ambil supplemen . Yesss el tidak nafikan yang el punya pemikiran dulu memang macam tu .

Nak sihat kena jaga bab makanan tapi hal lain el tidak terfikir pun . Jadi el nak kongsi sebagai peringatan pada diri sendiri juga tentang apa yang kita boleh buat untuk mendapatkan hidup yang sihat .

Sebelum itu , secara ringkasnya AMALAN GAYA HIDUP SIHAT ini bermaksud apa yang kita lakukan untuk mendapatkan kehidupan yang baik . Ia bukan soal makanan sahaja malah dari semua aspek termasuk mental dan rohani .

1. PENGAMBILAN MAKANAN YANG SEIMBANG
Bab makanan ni semua orang tau kena ikut piramid makanan . Dalam makanan harian kena ada karbohidrat , protein , sayur dan buah serta lemak . Tapi cara penyediaan kita tu tak sama kan ? Jadi rasa macam nutrisi yang badan kita perlukan itu masih tak cukup padat . Sebab itu ada yang memilih serta setuju dengan amalan nombor dua termasuk el sendiri .

2. MENGAMBIL SUPPLEMEN
El masih ingat lagi sebelum mula ambil supplemen atau makanan tambahan , el selalu dengar orang sekeliling cakap , "supplemen ni tak bagus" . Ada juga yang cakap , "ambil supplemen hanya merosakkan buah pinggang" . Sebab itu lah el lambat sikit buka hati ambil makanan tambahan . Tapi bila sudah mula ambil dan belajar pasal supplemen , sebenarnya bagus tau . Supplemen ni BANTU untuk PADATKAN NUTRISI yang badan kita perlukan . Nutrisi padat , sistem fungsi badan dapat berfungsi dengan baik .

Dah ambil pemakanan seimbang , supplemen pun ambil , apa lagi kena buat ?

3. AKTIVITI FIZIKAL SECARA BERKALA
Kita nak hidup yang baik , jaga makan dan supplemen sebenarnya tak cukup . Kita kena juga buat aktiviti fizikal . Melakukan aktiviti fizikal ni membantu melancarkan peredaran darah . Ingat lagi masa sekolah menengah , cikgu pendidikan jasmani cakap , "jangan bagi alasan datang haid tak boleh bersukan" 😅 Lazimnya , masa haid kena buat pergerakan untuk melancarkan pengeluaran darah . Tak kisah lah aktiviti fizikal apa yang kita buat tapi yang penting kena buat . Jalan keliling rumah pun kira bagus . Malas-malas pun , lompat bintang pun boleh lah . hehe buat lah senaman paling kurang pun 3 kali dalam seminggu

4. REHAT/TIDUR YANG CUKUP 
Kita ni kan kadang mau habiskan semua kerja dalam sekelip mata . Tapi kerja takkan pernah habis ! Belum habis satu kerja , otak dah bagi hint kerja seterusnya . Apa lagi perempuan 😂 Disarankan waktu rehat/tidur adalah 6-8jam bagi individu dewasa . Tak cukup rehat maka mendapatlah kesan sampingan yang tidak elok untuk badan kita . Contohnya , di point seterusnya .

5. KESIHATAN MENTAL
Mungkin masih ramai yang tak ambil kisah pasal kesihatan mental . Kalau point nombor empat kita tak jaga , kesihatan mental kita akan terganggu . Bila nak buat kerja tapi masih rasa mengantuk , kita akan tertekan sebab dah banyak kerja yang tertangguh . Lain lagi dengan hilangnya idea . Maka rehat yang cukup merupakan salah satu cara untuk jaga kesihatan mental . Paling terbaik bila dapat jaga point terakhir ni .

6. AMAL ROHANI
AMAL ROHANI bukan setakat kena sembahyang atau berdoa tau . Dari pemikiran kita , tingkah laku kita juga termasuk dalam amal rohani . Sebab apa saja yang kita lakukan adalah untuk Tuhan . Kita dapat jaga amal rohani , semua pun kita dapat jaga dengan baik . Maka kehidupan yang baik , kita pasti dapat ! 

Susah sangat nak amal ? Ambil masa . Tidak ada perubahan yang drastik . Jika ada , itu hanyalah sementara . El dulu pun susah sangat nak jaga bahagian kesihatan mental . Tapi sejak amal vitamin shaklee , perlahan hidup el berubah dan sekarang masih belajar .

Jika berminat nak join circle shaklee , KLIK UNTUK DAFTAR . Kalau nak tau pasal shaklee product , boleh FOLLOW/WASSAP EL

#bloggingnextlevel
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN E

BERCUTI DENGAN SHAKLEE

KEBAIKAN KERJA DARI RUMAH